Bolehkah majikan enggan membayar gaji pekerja dalam tempoh ‘perintah kawalan’?

Jawapannya adalah ‘Tidak.’

Perintah kawalan ini adalah untuk seketika sahaja.

Majikan masih perlu membayar – melainkan ‘lockdown’ berlangsung untuk jangka masa yang panjang.

Dalam situasi tersebut, kewajipan undang-undang untuk membayar tamat:  tetapi anda tidak perlu panik, kita belum sampai ke tahap tersebut. Kerajaan tidak boleh mengabaikan lebih dari 10.25 juta pekerja dalam keadaan yang sukar.

Diterbitkan pada 23 Mac 2020

Jawapan singkat: ‘Tidak boleh’

Dalam pandangan saya dan rakan saya, VK Raj, seorang peguam yang arif dalam hal ehwal undang-undang  perhubungan perusahaan, jawapannya ialah ‘Tidak.’  [Kredit untuk kandungan artikel ini adalah ditujukan kepada VK Raj.]

Pekerjaan seorang pekerja yang – tanpa kesalahan beliau – terpaksa tinggal di rumah adalah  hanya ‘digantung’, bukannya ‘ditamatkan.’

Perjanjian pekerjaan beliau berterusan.

Perjanjian Pekerjaan beliau tidak ‘ditamatkan’ ataupun mengalami kekecewaan kontrak di bawah undang-undang  (‘frustrated’).

Oleh itu pekerja tersebut perlu dibayar gaji – pada masa ini.

Mengapa?

Saya telah sebelum ini membincangkan di sini bahawa ‘lockdown’ korona virus adalah hanya penggantungan kerja dan bukannya penamatan.

Apa maksud ‘penggantungan’ dalam konteks ‘coronavirus lockdown’?

‘Penggantungan’ dalam konteks ini bermaksud,

‘untuk menahan (seseorang) daripada melaksanakan sesuatu fungsi, menggunakan kedudukan, memegang posisi kerja, atau menggunakan hak atau keistimewaan’.

Ini berlainan daripada ‘pemutusan kekal.’

Apakah status undang-undang seseorang pekerja yang tugasnya ‘digantung’?

Dua kes dari India menjawab persoalan ini. Dalam kedua-dua kes ini perkhidmatan pekerja ‘digantung.’ Persoalan yang timbul adalah sama ada majikan boleh enggan membayar gaji?

Dandapani digantung, dan menuntut gaji

Kes pertama adalah kes yang lama. Ia bertarikh 1954.

Dalam kes tersebut, perkhidmatan Dandapani digantung oleh majikan beliau.1Dandapani Gouda v. The State of Orissa [1953] AIR 329, Panigrahi C.J. di m/s. 331 laporan tersebut di kolum 10

Adakah kontrak pekerjaan beliau  masih wujud dan kekal?

Adakah majikan wajib membayar upahnya?

Mahkamah Tinggi India menjawab ‘Ya’:

‘Terdapat perbezaan antara ‘penurunan pangkat ’dan ‘penggantungan’. ‘Penggantungan’ bersifat sementara. Seseorang pekerja yang digantung jawatannya, tidak berhenti menjadi [pekerja]; dia hanya dihalang untuk melaksanakan tugasnya buat masa sementara.’2‘There is a difference between ‘reduction in rank’ and ‘suspension’. Suspension literally means ‘the act of debarring’ for a time from a function or privilege’. It means a temporary deprivation of one’s office or position. The suspended officer does not cease to be [an employee]; he is only prevented from discharging the duties of his office for the time being.’ – Dalam kes ini, pekerja itu merupakan ‘penjawat awam’. Tetapi saya menggunakan perkataan ‘pekerja’. Ini tidak menyebabkan kekeliruan maksud – untuk menunjuk bahawa seseorang itu boleh mencapai keputusan undang-undang.

Mahkamah membuat kesimpulan berikut:3 Ibid, di akhir kolum 11

‘Oleh itu, jelas bahawa pekerja tersebut tidak berhenti menjadi pekerja – walaupun ianya digantung tanggungjawabnya masih berterusan sebagai [pekerja].’4‘It is clear therefore that the [employee] did not cease to be an officer of the Department of Registration and that his responsibilities continued as [employee], even when he was under suspension’:  (Saya telah menggantikan prinsip yang sama, walaupun menggunapakai perkataan ‘pekerja’ dan bukannya ‘penjawat awam’).

Krishnaveni Roadways enggan membayar gaji kepada En. Punnaivanam, seorang pekerja yang telah digantung kerja

Empat dekad kemudian, Mahkamah Tinggi Madras mendengar hujahan yang serupa.

Sebuah syarikat, ‘Krishnaveni Roadways’ enggan membayar pekerjanya – Punnaivanam – upahnya. Beliau juga telah digantung.

Adakah majikan harus membayar upah beliau dalam tempoh penggantungan? Mahkamah Tinggi memutuskan ‘Ya’.5The Management, Krishnaveni Roadways, Madurai v. I.P. Punnaivanam & Another [1991] II LLJ 137, His Lordship Mr. Justice Srinivasan held at p. 137 of the Report

Mahkamah memutuskan seperti berikut:

‘[Walaupun] digantung, hubungan majikan dan pekerja tidak berakhir; dan majikan terikat untuk membayar upah semasa penangguhan’.6[Even] after the suspension, the relationship of employer and employee does not come to an end and the employer was bound to pay wages during the period of suspension.’

Mahkamah menjelaskan hubungan undang-undang antara pihak-pihak.

‘Perintah penangguhan tidak memutuskan hubungan antara majikan dan pekerja.’7‘It is an elementary principle of law that an order of suspension does not sever the jural relationship of employer and employee between the management and the worker’ :di m/s 138 laporan tersebut.

Bagaimana dengan konsep ‘kekecewaan undang-undang’ atau ‘frustration’? Bukankah konsep ini membantu pihak majikan?

Konsep undang-undang kekecewaan membebaskan majikan dan pekerja. Ini tidak berlaku dalam situasi kini.

Walaubagaimanapun ‘penggantungan’ pekerja tidak menyebabkan ‘kekecewaan’.

Seperti yang saya bahaskan di sini, tiga faktor mesti wujud sebelum konsep kekecewaan berfungsi:

(1) wujudnya perubahan keadaan yang ketara.

(2). ‘Perubahan keadaan’ tersebut mestilah sesuatu yang tidak dijangka oleh kedua-dua pihak – semasa mereka memasuki kontrak: ini disebut sebagai: situasi yang tidak dijangakan atau ‘unforeseeability’.

(3) Kesan perubahan keadaan tersebut mesti ‘mengubah seluruh dasar kontrak.’

Perintah Kawalan Pergerakan adalah sementara – ini bukannya kekecewaan undang-undang

Perintah ini mungkin berlanjut selama dua minggu atau sebulan.

Ini adalah fenomena ‘sementara’. Pandemik Covid-19 tidak mengubah jenis kerja yang dilakukan – mislnya pekerja pembinaan – ia hanya menjadikannya tidak mungkin untuk sementara waktu.

Jika ‘lockdown’ berlanjutan lebih lama – apa yang akan berlaku?

Dalam keadaan ini, maka ianya tidak adil untuk mengharapkan majikan membayar pekerja. Pada pandangan saya, perubahan keadaan- dalam keadaan kini ‘lockdown’ akibat coronavirus – boleh menyebabkan kekecewaan dan kewajipan untuk membayar upah pekerja tidak produktif terhenti.

Tetapi, keadaan  ini masih belum berlaku.

Oleh itu pekerja tidak perlu bimbang

Jika lockdown dilanjutkan lebih lama, dan majikan tidak dapat menanggung kekangan kewangan ini, Kerajaan harus melangkah ke hadapan dan membantu semua pekerja, seperti yang saya telah menjelaskan di sini.

Jadi bagaimana sekarang? Adakah gaji harus dibayar atau tidak?

Oleh kerana pekerjaan kebanyakan perkerja telah digantung untuk sementara waktu disebabkan oleh ‘Perintah Kawalan Pergerakan’, majikan masih perlu membayar upah.

 

 

[Saya merakamkan penghargaan saya kepada rakan saya, Encik VK Raj, Puan KN Geetha, En. GS Saran, En. Prabhkirat Singh dan Cik KP Kasturi atas bantuan yang diberikan]

You May Also Like

Apa yang akan berlaku jika Perdana Menteri tidak berupaya menjalankan tugas?

Siapa yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan agar  Parlimen dibuka semula?

Bolehkah badan pengurusan kondo melarang penghuninya dari masuk rumahnya jika mengesyaki dia dijangkiti Kovid-19?

Kejatuhan era kebebasan Kehakiman melalui pemecatan Hakim terulung