Adakah seorang Ahli Parliamen (‘MP’) Pemegang Amanah Anda?
Adakah MP hilang kelayakan (‘disqualified’?) dari menjadi seorang MP hanya kerana beliau menerima saraan atau pendapatan dari pihak ketiga?
Saya berpendapat bahawa soalan ini merupakan suatu soalan yang tidak betul.
Mengapa?
[1] Permulaan
Kita mulakan perbincangan dengan asas:
Undang-undang Perlembagaan adalah sebahagian daripada undang-undang lazim.
Setuju?
Adakah seorang MP bertanggungjawab kepada rakyat di bawah Undang-Undang Umum?
Sekiranya seorang MP melanggar undang-undang umum, apakah jalan penyelesaian yang dimiliki oleh warganegara?
[2] Soalan-soalan yang betul adalah:
(1). Adakah seorang Ahli Parlimen (iaitu MP) Pemegang Amanah rakyat?
(2). Apa tugas undang-undang seorang MP?
(3). Apa yang beliau tidak boleh melakukan?
(4). Apa yang akan berlaku sekiranya beliau melanggar tugas itu?
[3] Siapakah pemegang amanah? Apakah tugas seseorang Pemegang Amanah?
Di bawah undang-undang, seorang pemegang amanah dikenali sebagai ‘fidusiari’.
Konsep ‘Amanah’ yang tersirat di dalam perkataan ‘fidusiari’ adalah amat penting.
Seseorang Pemegang Amanah – atau Fidusiari – dipertanggungjawabkan untuk memegang, bagi pihak seorang lain yang bernama ‘Benefisiari’ – hak-hak terhadap hartanah atau kepentingan lain.
[4]. Adakah MP perlu bertindak atas kepentingan negara
Bagi menjawab soalan ini, kita perlu melihat sumpah seorang MP di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sumpah setiap MP berbunyi seperti berikut:
“Saya [beliau menyebut nama beliau] setelah dipilih sebagai seorang ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Siapa?
Parti beliau? Bukan!
“saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia”.
Dan “Akan memelihara, melindungi dan mempertahankan“, siapa?
“Saya akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.”
Inilah perkataan-perkataan yang terkandung dalam sumpah yang diangkat di hadapan Tuan Yang DiPertua (Speaker) di Parliament.
Ini tertera di bawah Perkara 59(1) Perlembagaan Persekutuan dan Jadual Ke-enam.
[5] Seorang MP mengangkat sumpah untuk menunaikan kewajipan kepada Malaysia.
Dan sumpah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Bukan kepentingan parti beliau.
[6] ‘Eksekutif’ – iaitu ‘Kerajaan’ adalah bertanggungjawab kepada Parlimen, dan kepada setiap MP
Anggota-anggota Eksekutif, termasuk Kabinet dan Perkhidmatan Awam, bertanggungjawab terus kepada Parlimen.
Ini adalah kerana Kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat jelata. Rakyatlah yang memilih Ahli-Ahli Parlimen melalui pilihanraya.
Oleh itu, seseorang MP lebih unggul di sisi undang-undang daripada setiap anggota Eksekutif.
Sekiranya MP-MP tidak bertindak menurut undang-undang, maka MP boleh …. oleh badan kehakiman, dan dalam erti kata yang lebih besar, Rakyat – anda.
Tetapi kepada siapa MP itu menjawab?
[7]. Apa yang berlaku apabila MP menjadi pengkhidmat kepada pengkhidmatnya sendiri?
Katakan anda adalah seseorang MP.
Andaikan pengkhidmat anda memiliki – atau mengawal – sebuah Syarikat-A.
Dan andaikan pengkhidmat anda melantik anda sebagai pengarah Syarikat-A.
Bayangkan MP ini duduk sebagai pengarah Syarikat-A.
Bukankah benar bahawa MP – sebagai pengarah, adalah pengkhidmat Syarikat A.
Oleh itu, MP harus bertindak demi kepentingan terbaik negara, dan juga mesti bertindak demi kepentingan Syarikat-A.
[8]. Siapa sekarang pengkhidmat?
MP atau pegawainya?
Ambil contoh lain:
Andaikan Kerajaan memiliki 15% saham Syarikat-A.
Seorang pengarah syarikat adalah pemegang amanah ataupun dikenali sebagai ‘fidusiari.’1Green v Walkling and others [2007] EWHC 3251 (Ch)
Ini adalah perkataan yang sangat penting sehingga kita harus menggunakannya mulai sekarang.
Seorang fidusiari mesti bertindak demi kepentingan terbaik syarikat.2Guinness plc v. Saunders [1990] 2 AC 663
Beliau tidak mempunyai pilihan.
[9]. Apa yang akan berlaku jika seorang MP menjadi pengarah syarikat yang dikendalikan oleh kerajaan.
Di bawah undang-undang syarikat, pengarah syarikat mempunyai kewajipan undang-undang untuk memperjuangkan kesejahteraan dan keuntungan syarikat itu.
Beliau tiada pilihan lain.
Undang-undang begitu ketat sehingga seorang pengarah Syarikat-A mesti bertindak bagi memajukan kepentingan Syarikat-A, walaupun diri beliau terjejas.3(Keech v. Sandford (1726) Sel Cas T King 61)
[10] Adakah MP pemegang amanah rakyat? Jawapannya, ‘Ya’
Prinsip demokrasi adalah: seorang yang dipilih sebagai MP, bertanggungjawab kepada rakyat di seluruh negara – seperti yang dimaksudkan dalam Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan.
Oleh sebab itu, seseorang mengambil Sumpah Kesetiaan MP untuk ‘Malaysia’ dan untuk ‘melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan’
Bukan Syarikat-A, NGO ataupun partinya!
Seseorang MP bertanggunjawab ke atas seluruh negara.4(Government of Malaysia v Lim Kit Siang; United Engineers (M) Sdn Bhd v Lim Kit Siang [1988] 2 MLJ 12 at 34)
Juga, gaji dan pendapatan seseorang MP dibayar dari Parlimen adalah wang cukai yang dikutip dari wang rakyat.
[11] Ambil satu Contoh
Bayangkan seseorang MP menjadi pengarah syarikat dalam Industri-X.
Beliau tidak peduli dengan rakyat jelata.
Beliau tidak peduli dengan kepentingan kawasan pilihan raya.
Beliau tidak peduli akan negara.
Di Parlimen beliau berhujah – menyokong Industri-X.
Beliau meminta kilang-kilang membuat bahan-X dibenarkan beroperasi di kawasan perumahan.
Beliau berjuang untuk Industri-X.
Soalnya: “Adakah anda berpuas hati dengan MP seperti itu?”
[12] Apa akan berlaku jika terdapat konflik kepentingan antara Syarikat-A dan rakyat?
Bayangkan kerajaan memegang saham dalam syarikat A.
Seorang MP dilantik menjadi pengarah syarikat-A dan dibayar gaji.
MP itu menjadi pengkhidmat – kepada syarikatnya.
Aneh kan?
Jadi, adakah MP itu akan membela kepentingan negara atau syarikat-A?
Soal ini ditujukan di dalam satu kes yang bernama Amalgamated Society of Railway Servants v Osborne [1910] A.C.
Ceritanya begini.
Kes ini melibatkan sebuah Akta – iaitu UK Trades Unions Act.
Akta tersebut telah membuat peruntukan membenarkan kesatuan industri (‘Trade Union’) untuk meminta wang (caruman) daripada ahlinya.
Dana ini digunakan untuk memperolehi – dan mempengaruhi wakil-wakil parlimen (MP).
Salah satu peruntukan Parti Buruh UK (‘Labour Party’) adalah bahawa MP-MPnya bertanggungjawab kepada parti.
MP-MP tersebut harus bersetuju terikat kepada keputusan parti dalam berjuang sasaran perlembagaan parti, walaupun di Parlimen.
Soal yang ditujukan kepada House of Lords adalah:
“Adakah hala tuju section di dalam Akta, dan tujuan Parti Buruh itu- supaya mempengaruhi Paliament sah?”
Akhirnya: Mahkamah House of Lords memutuskan bahawa kuasa untuk meminta caruman sedemikian daripada ahli adalah salah di sisi undang-undang.
House of Lords memutuskan bahawa peruntukan tersebut bertentangan dengan polisi berkenaan kewajipan seorang wakil rakyat untuk memperjuangkan kepentingan rakyat jelata.5Lord Shaw of Dunfermline memberi alasan dalam 3 perenggan dimana ia dinyatakan dengan jelas bahawa seseorang MP adalah fiduciary.
Lord Shaw:
“Further, the pledge [to the Labour Party] is an unconstitutional and unwarrantable interference with the rights of the constituencies of the United Kingdom. The Corrupt Practices Acts, and the proceedings of Parliament before such Acts were passed, were but machinery to make effective the fundamental rule that the electors, in the exercise of their franchise, are to be free from coercion, constraint, or corrupt influence; and it is they, acting through their majority, and not any outside body having money power, that are charged with the election of a representative, and with the judgment on the question of his continuance as such.
Still further, in regard to the member of Parliament himself, he too is to be free; he is not to be paid mandatory of any man, or organization of men, nor is he entitled to bind himself to subordinate his opinions on public questions to others, for wages, or at the peril of pecuniary loss; and any contract of this character would not be recognized by a Court of law, either for its enforcement or in respect of its breach. Accordingly, as it is put … in the words of Fletcher Moulton L.J.,
“Any other view of the fundamental principles of our law … leave it open to any body of men of sufficient wealth or influence to acquire contractually the power to exercise that authority to govern the nation which the law compels individuals to surrender only to representatives, that is, to men who accept the obligations and the responsibility of the trust towards the public implied by that position.”
[13] Sekarang kita kaji kes-kes dimana MP melanggar ‘Kewajipannya’ [Conflict of Duties’]
Soal ini timbul pada tahun 1963 di dalan sebuah kes bernama Boulting and Another v. Association of Cinematograph Television And Allied Technicians [1963]:
Kes Boulting telah ikut logic kes Amalgamated Society.
Keputusan kes ini memutuskan prinsip-prinsip berikut:
bahawa seseorang Fidusiari:
[1]. tidak dibenarkan mengabaikan tugasnya kepada rakyat.
[2]. Beliau tidak boleh bertindak bertentangan dengan ‘Kewajian’ beliau (‘he cannot act against his duties’).
[3]. Sesuatu Perjanjian diantara seseorang MP – di mana MP tersebut dibayar gaji oleh badan-badan luar adalah bertentangan dengan dasar awam kerana MP itu terikat kepada arahan majikannya.
[4]. Jika seorang MP tidak menjalankan tugasnya untuk kepentingan negara, maka beliau melanggar tugas fidusiari.
[5]. Jika MP bertindak bertentangan dengan kepentingan nasional, tetapi memihak kepada entiti komersial, MP itu juga melanggar tugas fidusiari.
[14]. Maka, bagaimanakah seseorang fidusiari [Pemegang Amanah] harus bertindak?
Pada tahun 1896 (124 tahun dahulu), Lord Herschel berkata, dalam kes Bray lwn Ford [1896] AC 44-bahawa:
“[1]. Fiduciary (ini bermaksud pemegang amanah) tidak boleh memperolehi keuntungan.
[2]. “Fidusiari tidak boleh meletakkan dirinya dalam kedudukan di mana kepentingan diri sendiri dan tugasnya kepada negara dan sumpahnya bertentangan.
[3]. Ini kerana sifat manusia, dalam situasi seperti itu, fidusiari terpengaruh oleh kepentingannya sendiri dan bukan tugasnya kepada negara.
[4]. Dengan cara ini beliau membahayakan orang yang harus dilindungi …”
[15]. Jenis-jenis harta amanah
Situasi di mana amanah timbul tidak mudah untuk disenaraikan, dan mahkamah berpendapat bahawa ia sering ‘tidak berguna, jika tidak mustahil’ untuk melakukannya. 6Re Coomber [1911] 1 Ch 723, Moulton J
Para hakim telah cuba membahagikan Fidusiari kepada sub-kategori, tetapi kategorinya tidak ditutup. Hubungan fidusiari wujud dalam: –
a. satu kumpulan orang yang ‘meletakkan kepercayaan dan keyakinan pada orang lain’ (Tate lwn Williamson (1866) 2 Ch App 55;
b. antara Ahli Parlimen, kawasan pilihannya dan negara;
c. harta amanah (Boardman v. Phipps);
d. hubungan pengarah dengan syarikat (Regal (Hastings) Ltd lwn Gulliver [1942] 1 All ER 378);
e. antara prinsipal dan ejen; dan
f. tanggungjawab antara rakan kongsi (Clegg lwn Edmonson (1857) 8 De GM & G 787).
[16]. Bagaimana MP di UK mengisytiharkan kepentingan mereka?
Di United Kingdom, terdapat Akta Parlimen yang mewajibkan setiap MP untuk mendedahkan sama ada mereka memperolehi apa-apa kepentingan dalam sesuatu entiti perniagaan.
Semasa perbahasan di ‘House of Commons’ (iaitu ‘Dewan Rakyat’ UK) berkenaan aktiviti perniagaan mana-mana entiti, MP yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam perniagaan tersebut, serta merta mengisytiharkan kepentingan mereka, sebelum undian dibuat.
Undi beliau tidak akan diambil kira.7 https://www.parliament.uk/documents/commons-information-office/p09.pdf lihat m/s 6, Pecuniary interests
[17]. Apa yang tidak boleh dilakukan oleh pemegang amanah?
Seorang fidusiari
(1). tidak boleh membuat keuntungan rahsia (Boardman v Phipps);8[1967] 2 AC 46. Estet pewasiat diberikan amanah untuk isterinya seumur hidup dengan selebihnya kepada anak-anak. Salah satu harta amanah adalah pegangan saham minoriti dalam sebuah syarikat. Pemegang amanah tidak berpuas hati dengan pulangan saham tersebut. Hasil daripada rundingan yang gagal untuk membeli syarikat tersebut untuk meningkatkan keuntungannya, peguam cara amanah, Boardman (B), memperolehi maklumat mengenai perniagaan dan nilai aset syarikat. Dalam proses rundingan B dan satu Benefisiari, Phipps (P) mendapat peluang untuk memperoleh keuntungan. B dan P berjaya membeli baki saham. Sebagai pemegang saham, B dan P memperoleh keuntungan yang besar. Salah seorang penerima bantuan menuntut B dan P untuk mendapatkan kembali keuntungan yang telah mereka perolehi. Mahkamah House of Lords mendapati bahawa B dan P telah menempatkan diri mereka dalam ‘kedudukan istimewa’ yang bersifat ‘fidusiari.’ Mahkamah membenarkan tuntutan itu.
(2). beliau tidak boleh meletakkan dirinya dalam keadaan konflik;
(3). tidak boleh bertindak melanggar tugasnya kepada benefisiari; dan
(4). tidak boleh mendapat manfaat daripada maklumat yang berkaitan dengan Amanah: Barrett v Hartley.
[18]. Konflik Kepentingan
Prinsip bahawa pemegang amanah tidak boleh membenarkan kepentingan dan tugas beliau bertentangan ditunjukkan dalam kes Keech v Sandford (1726) Sel Cas t King 61.
Dalam kes ini seorang lelaki mencipta ‘amanah’ untuk anaknya, yang masih kecil. Beliau melantik pemegang amanah. Salah satu aset amanah adalah pajakan.
Sebelum pajakan berakhir, pemegang amanah memohon untuk memperbaharui pajakan. Pemiliknya berkata pajakan hanya akan diperpanjang jika pemegang amanah memegang pajakan ‘atas namanya sendiri’ dan ‘untuk kepentingannya sendiri.’
Persoalan yang timbul adalah adakah beliau menyimpan faedah sewa?
Mahkamah mengatakan Tidak.
Ia berpendapat bahawa kerana beliau adalah fidusiari, beliau harus menjelaskan semua keuntungan kepada benefisiari.
[19]. Pemegang amanah tidak boleh memanfaatkan maklumat berkaitan dengan Amanah
Apabila pemegang amanah memperolehi maklumat yang akan memberikan beliau peluang untuk membuat keuntungan peribadi, beliau tidak boleh menyalahgunakan peluang itu.
Sekiranya beliau berbuat demikian, pemegang amanah mesti memberikan keuntungan kepada waris untuk harta yang diperolehi: Boardman v. Phipps.
Kedudukan beliau sama jika beliau menyalahgunakan maklumat untuk kepentingan sendiri (lihat Barrett v. Hartley (1866) LR 2 EQ 789).
[20]. Sekarang kita mengguna pakai undang-undang tersebut bagi menjawab soalan-soalan yang kita ajukan di atas
Sekiranya seorang MP menerima jawatan berpendapatan semasa beliau menerima gaji Parlimen – melainkan ini dibenarkan oleh undang-undang – dan setahu saya tidak ada undang-undang seperti itu di negara ini – maka beliau melanggar tugasnya sebagai pemegang amanah.
[21] Jadi, apa akan berlaku jika seseorang MP melanggar tugas fidusiari beliau?
[22] Kehilangan kelayakan
Jika seorang MP memungkiri perlembagaan, beliau boleh hilang kelayakan.
Beliau tidak boleh memegang jawatan di dalam Badan Kehakiman atau Suruhanjaya-Suruhanjaya.
Ini diperuntukkan dibawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
[23] “Apakah akibat jika seseorang MP melanggar kewajipan Fidusiarinya? Bolehkah undang-undang lazim membatalkan kelayakan MP tersebut?
Pada hemat saya, jawapannya adalah, ‘Ya’.
Jawapannya adalah, ada beberapa akibat jika seseorang MP melanggar kewajipan fidusiarinya.
[24]. Yang pertama, Peletakan jawatan
Jika berlaku sedemikian, iaitu perlanggaran kewajipan Fidusiari – Maka MP sepatutnya meletakkan jawatan.
Prinsip ini diamalkan secara serius di semua negara bertamadun yang lain, tetapi – baru-baru ini – belum diamalkan di Malaysia.
[25]. Akibat Yang Kedua – Kesalahan Jenayah
Seseorang yang melanggar amanah melanggar undang-undang jenayah: dibawah seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda RM2,000.00 atau penjara 1 tahun secara automatik hilang kelayakan menjadi MP di bawah Perkara 48(1)(e) Perlembagaan.
Dan beliau tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.
[26]. Akibat ketiga adalah MP di Saman di Mahkamah Sivil – tetapi siapa yang boleh membawa tuntutan sivil terhadap MP?
MP, pada pandangan saya, MP boleh disaman dalam tindakan sivil kerana melanggar amanah.
Dan pada hemat saya, Mahkamah boleh memutuskan beliau tidak layak meneruskan tugasnya sebagai MP.
Pada tahun 1987, Lim Kit Siang, sebagai MP, menyaman entiti korporat, United Engineers (M) Berhad atas pelbagai alasan.
Beliau menuntut pembatalan pemberian projek penswastaan oleh kerajaan kepada UEM.
Ini adalah atas sebab pemberian kontrak adalah ‘tidak wajar’ dan atas alegasi bahawa Kerajaan telah melakukan kesalahan dalam pemberian projek tersebut.
Lim mendakwa amalan rasuah [lihat hlm.42 perenggan B hingga D laporan kes].
Kerajaan berhujah bahawa Lim tidak berupaya saman Kerajaan atau UEM.
Dalam istilah undang-undang Lim Kit Siang tidak mempunyai ‘locus standii’ untuk menuntut.
Lim bukan pemegang saham atau pengarah syarikat UEM, Kata Kerajaan.
Pendapat Mahkamah Agung terpisah: tiga orang hakim
(Lord Presiden Tun Salleh Abas, Hakim Besar Abdul Hamid, dan Hakim Hashim Yeop A. Sani), berpendapat bahawa Lim tidak memiliki hak untuk membawa tuntutan.
Dua orang hakim dalam minoriti yang memberi penghakimam menentang [‘Dissenting judges’].
Salah seorang daripada mereka adalah Yang Arif Hakim George Seah SCJ, salah seorang hakim terhormat.
Yang lain adalah Yang Arif Hakim Eusoffee Abdoolcader SCJ.
Mereka berdua tidak bersetuju dengan pendapat ketiga-tiga hakim tersebut.
Mereka memutuskan bahawa Lim Kit Siang berhak untuk menuntut, tetapi beliau harus menuntut kerana, sebagai MP, beliau tidak hanya bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan pilihan rayanya – tetapi juga untuk untuk kepentingan rakyat.
Undang-undang ini digunapakai sehingga tahun 2014, apabila beberapa kes menyatakan bahawa setiap orang dapat membawa tuntutan dalam hal-hal kepentingan awam, atau demi kepentingan negara.
Pandangan moden ini digunapakai dalam beberapa kes Inggeris.
Saya memetik dua contoh:
Inland Revenue Commissioners v. National Federation of Self- Employed and Small Businesses Ltd [1982]; dan
Regina v. Secretary of State For Foreign And Commonwealth Affairs, Ex parte World Development Movement Ltd [1995].
[27]. Kita rujuk kepada satu Contoh
Di Malaysia, prinsip moden ini digunakan dalam Kes BALKIS. Balkis adalah sebuah badan yang terdiri daripada isteri-isteri Adun dan MP-MP.
Kerajaan Selangor telah memberikan sejumlah besar wang kepada BALKIS.
Apabila berlaku perubahan Pemerintahan, Kerajaan Baru menuntut penjelasan tentang bagaimana wang ini dikeluarkan, dan kemana perginya.
Pada tahun 2014, anggota BALKIS berusaha untuk membubarkan syarikat itu. Ini dicabar oleh Kerajaan Negeri.
Kes ini dikenali dengan nama Kerajaan Negeri Selangor & Ors lwn Pendaftar Pertubuhan Malaysia & Rayuan Lain [2014].
Defendan mengatakan Plaintif tidak mempunyai hak untuk menuntut.
Mereka memetik prinsip Locus Standi dalam kes Lim Kit Siang.
Mahkamah Rayuan tidak bersetuju.
Kes-kes telah menyatakan bahawa mana-mana individu yang membayar cukai (‘taxpayer’) mempunyai hak untuk menuntut dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan awam.
Beberapa mahkamah sebelum, dan setelah kes Balkis menyokong kedudukan ”Moden” ini.
[28] Satu Prinsip Undang-Undang Amanah adalah – Mahkamah mempunyai bidang kuasa kawalselia ke atas pemegang amanah dan kuasa untuk memberhentikan kelayakan pemegang amanah – ini penting ni!
Salah satu contoh yang baik ialah kes Arumugam a/l Ponusamy v Karupiah a/l Ramasamy & Ors [2006].
Oleh itu, secara teknikal MP boleh disaman oleh sesiapa sahaja; dan jika Mahkamah diminta untuk memberi perintah bahawa MP tidak layak menjadi MP atau membuat perintah bahawa MP melanggar tugas mereka mahkamah tidak terhalang untuk memberikan perintah tersebut – dan menamatkan kelayakan seorang MP berdasarkan undang-undang lazim.
[29] Kesimpulannya
Pertama, kita memerlukan Undang-Undang Parlimen untuk menghalang MP-MP daripada melanggar tugas fidusiari mereka:
Sebarang pelanggaran Undang-Undang Umum, tidak semestinya hanya yang disenaraikan dalam Perlembagaan, harus mengakibatkan pembatalan atau pemecatan MP dengan segera.
Kedua, MP perlu bertanya kepada diri sendiri adakah MP telah bertindak dengan penuh integriti dan bermoral, dalam menjalankan tugas mereka demi kepentingan rakyat – bukan untuk kepentingan peribadi atau untuk keperluan parti politik sendiri.
Sekiranya seorang MP melanggar tugas Fidusiari – beliau harus meletakkan jawatan.
Juga, pada hemat saya, MP boleh disaman, dan Mahkamah ada kuasa untuk mengisytiharkan bahawa MP tersebut tidak layak jadi MP.
Adakah MP akan bertindak mengikut integriti, atau kepentingan negara,
atau dipimpin oleh parti mereka?
Itu soalannya.