Adakah Ahli Parlimen akan mengundi dengan hati nurani – atau mengikut arahan parti?
Pada 13 Julai, dua usul akan dibentangkan di Parlimen: (1) Usul Undi Tidak Percaya, dan (2) Usul Pemecatan Speaker yang sedia ada. Pada hari itu, adakah Ahli Parlimen kita akan bersuara dengan hati nurani atau mengikut arahan parti? Apa yang akan dilakukan oleh MP-MP kita pada 13 Julai?
[1] Dua Usul
Pada 13 Julai, dua usul akan dibentangkan di Parlimen.
Pertamanya ialah Undi Tidak Percaya.
Kedua ialah Pemecatan Speaker yang sedia ada.
Sekiranya usul kedua untuk menggantikan Speaker berjaya, maka ia adalah dibawah kuasa Speaker Baru, untuk menolak pembentangan Undi Tidak Percaya di Dewan Rakyat.
Persoalannya adalah usul yang manakah yang akan didengar dahulu?
Speakerlah yang akan memutuskan perkara ini, kerana hanya beliaulah yang berkuasa untuk membuat sedemikian.
[2] Usul manakah yang perlu didengar dahulu?
Speakerlah yang menentukan bagaimana dan usul apakah yang akan diperdebatkan di Dewan Rakyat.
[3] Adakah penggantian Speaker isu rumit yang dihadapi oleh negara masa kini? Apakah pandangan anda?
Perlukah usul pemecatan Speker diutamakan? Dua perkara harus diputuskan:
Oleh kerana Dewan Rakyat bertujuan mengutamakan keperluan rakyat, usul yang berkaitan dengan rakyat yang mesti didahulukan.
Usul yang dikemukakan memberi gambaran bahawa PM, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin dan barisan kabinet beliau tidak mempunyai majoriti di Parlimen.
Sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, perdebatan sidang Parlimen belum diadakan sejak Mac dan Jun 2020.
Ini adalah dua kali ujian kekebalan beliau dapat diketepikan.
Bukankah isu berkenaan barisan manakah yang harus menerajui kerajaan negara kita terjumlah kepada kepentinagn nasional?
Kedua, suatu usul yang dikemukakan dahulu perlu didahulukan, dan yang kemudian perlu dikemudiankan.
Terdapat buku di Parlimen yang dipanggil sebagai ‘Order Book’, di mana usul yang didahulukan dalam buku mesti dibahaskan terlebih dahulu.
Notis Usul Undi Tidak Percaya telah difailkan terlebih dahulu – pada Mac tahun ini. Ia mendahului usul lain dari segi kronologi.
[4] Persoalan Sebenar ialah: Perlukah Speaker digantikan setiap kali ada perubahan kerajaan?
Pandangan yang diambil oleh beberapa ahli politik adalah bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang.
Hanya kerana perubahan pemerintahan berlaku, itu tidak bermakna Speaker mesti berubah.
Seorang Speaker disebut sebagai ‘Speaker’ kerana beliau bercakap untuk rakyat. Yang di-Pertua speaker adalah wakil Rakyat.
Seorang Speaker mesti sentiasa bebas dan berkecuali (independent).
Beliau tidak boleh menjadi ejen atau wakil Kerajaan. Itu salah dari segi undang-undang.
Sekiranya tidak ada wakil rakyat yang bebas, kita akan kehilangan Suara Rakyat di tempat yang seharusnya dikhaskan untuk perbahasan bagi kepentingan rakyat: Dewan Rakyat.
Kerajaan tidak boleh mengawal pelantikan Speaker. Sekiranya ini berlaku, ini akan menimbulkan tomahan-tomahan seperti: –
‘Barisan politik yang menerajui Kerajaan akan mampu menggunakan Speaker pilihannya untuk menyekat usul yang tidak menguntungkannya’.
Sebagai contoh, terdapat pilihan untuk sebarang permintaan Undi Tidak Percaya pada masa depan boleh disekat oleh Speaker baru.
Itu bukan sesuatu yang wajar, anda setuju, bukan?
[5]. Jadi apa yang akan berlaku seterusnya?
Terdapat beberapa kemungkinan:
(1). Sebelum Parlimen bersidang berikutnya ada kemungkinan Speaker boleh meletakkan jawatan.
(2). Atau, usul itu boleh ditarik balik. Pada pendapat saya, usul tersebut tidak harus ditarik balik. Parlimen harus mampu melihat identiti pengundi yang menyokong, dan menentang usul tersebut.
(3). Atau, akhirnya, Speaker membenarkan Usul Penggantian Speaker diutamakan; atau Speaker tidak membenarkan usul Pembentangan Speaker dibentangkan.
[6] Adakah Speaker perlu diganti?
Pada hemat saya, jawapannya adalah ‘Tidak’.
Tiada cadangan bahawa beliau tidak bersikap bebas atau neutral. Maka tidak kelihatan alasan yang munasabah untuk menggantikannya.
[7]. Soalan seterusnya adalah, dapatkah undi MP Majoriti disalahgunakan dengan cara ini?
Untuk menjawabnya, kita perlu melihat kewajipan seseorang Ahli Parlimen.
[8] Kepada siapa seseorang MP bertanggungjawab?
Apabila seorang MP mengangkat sumpah, beliau mengangkat sumpah di bawah Jadual 6 Perlembagaan Persekutuan (Perkara 59).
Setiap MP bersumpah untuk melakukan dua perkara:
Pertama, beliau bersumpah bahawa beliau akan ‘menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia.’
Apakah maksudnya?
Beliau bersumpah atas hati nuraninya untuk melindungi kepentingan negara. Beliau harus melindungi rakyat, aset-aset negara, dan kesejahteraan negara.
Sekiranya seorang MP melakukan sebaliknya, maka beliau melanggar tugasnya bukan?
Bahagian kedua sumpah tersebut adalah MP bersumpah bahawa, beliau akan ‘memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.’
Apa maksud ini?
MP bertugas mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, dengan mengusir Speaker yang selama ini kelihatan bersikap bebas, dan jujur, adakah MP itu menjalankan tugasnya? Apa pendapat anda?
[9] Atas kepentingan siapakah seseorang MP harus bertindak?
Adakah seorang MP bertanggungjawab kepada rakyat yang memilihnya?
Apa pendapat anda?
Apabila seorang MP berjanji untuk ‘setia kepada Malaysia’, MP itu diwajibkan setia kepada negara – dan bukan kepada partinya, tidak kira parti mana yang diwakilinya.
[10] Bolehkah seorang MP mematuhi partinya dan mengabaikan kehendak rakyat?
Tidak ada apa-apa dalam Perlembagaan yang membenarkan seorang MP mengundi mengikut kehendak partinya.
Sekiranya beliau bertindak sedemikian, maka beliau melanggar Perlembagaan.
Beliau melanggar kewajipan fidusiari kepada negara.
Dan beliau bertindak di luar sumpahnya.
[11]. Mengapa sikap bebas dan neutral penting di Parlimen?
Ini kerana Parlimen adalah tempat yang dikhaskan untuk membela nasib rakyat.
Apa yang berlaku di Parlimen adalah untuk kebaikan rakyat, dan mengikut kehendak rakyat.
Dalam bertindak demi kepentingan negara, seorang MP mesti bertindak mematuhi Mandat Pilihan Raya yang diberikan oleh rakyat kepada Parlimen.
Rakyatlah yang memilih MP.
[12]. Mungkin anda tanyakan apakah ‘mandat itu’?
Pada Pilihan Raya Mei 2018, rakyat menolak kleptokrasi. Rakyat meminta Kerajaan yang adil, bersih dan telus.
[13] Bagaimana MP-MP akan memilih pada 13 Julai?
Perlukah seseorang MP mengundi mengikut kehendak rakyat, atau mengikut partinya?
MP-MP bertanggungjawab kepada rakyat, bukan parti masing-masing.
Sekiranya seorang MP mengundi mengikut kehendak partinya, atau jika beliau memilih untuk kepentingan diri sendiri, untuk kedudukan dalam kabinet dan untuk ganjaran kewangan, Parlimen akan segera dipenuhi dengan MP-MP yang mementingkan diri sendiri.
Ia akan dipenuhi oleh MP-MP yang tidak berminat dengan negara.
MP-MP tidak akan percaya, atau mengamalkan Rukun Negara.
Ini akan menimbulkan ketidakstabilan politik: dan ia akan membawa kesan yang buruk untuk semua orang, sama ada dalam jangka pendek, atau jangka panjang: seperti kehidupan cucu-cucu anda.
Cuba fikir-fikirkanlah.
Apa yang akan dilakukan MP-MP pada 13 Julai?