Adakah Pekerja Sementara Menghadapi Risiko Semasa MCO Akibat Covid-19?

Adakah pekerja sementara dan pekerja gaji harian akan kehilangan gaji mereka semasa MCO akibat covid-19? Kami fikir jawapannya adalah ‘Tidak’. Mengapa?

Soalan-1: Adakah pekerja gaji harian harus dibayar gaji mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO)?

Jawapannya adalah ‘Ya’.

Mengapa?

Memandangkan pekerja harian menikmati perlindungan yang sama di bawah undang-undang, mereka perlu dibayar semasa tempoh MCO. Lihat di sini untuk perbincangan yang lebih lanjut.

Soalan-2: Apakah ‘status undang-undang pekerja bergaji harian?

Adakah beliau berbeza daripada pekerja ‘tetap?

Undang-undang menyatakan bahawa pekerja bergaji harian dianggap sebagai pekerja.

Satu kes relevan yang terkenal, Coco Industry, memutuskan bahawa tiada perbezaan antara pekerja ‘casual’, sementara atau tetap. Kesemua mereka, termasuk pelatih adalah pekerja.

‘… Di bawah Akta, tidak ada perbezaan antara pekerja kasual, sementara atau pekerja tetap. Mereka semua adalah pekerja, termasuk perantis dan percubaan. 1‘… under the Act, there is no distinction between casual, temporary or permanent workers. They are all workmen, including apprentices and probationers.’ 

Jadi inilah jawapan anda.

Teruskan membaca nutuk butiran lanjut dan lebih jelas.

Apakah maksud ‘Pekerja’?

Istilah ‘pekerja,

‘… tidak terhad kepada pekerja tetap tetapi juga termasuk kakitangan sementara dan kasual.’ 

Siapakah Pekerja Kasual’?

Undang-undang agak jelas mengenai perkara ini. Pekerja dalam kategori ini adalah seorang yang,

‘Pekerja sementara adalah seseorang yang bekerja untuk jangka masa yang tertentu, contohnya, semasa ketiadaan pekerja yang sedang cuti bersalin atau menyelesaikan tugas tertentu, seperti tinjauan pasaran.’

Walaubagaimanapun,

‘…meraka yang menawarkan dirinya bekerja di tempat kerja setiap hari, dan jika diberikan kerja, dibayar pada akhir hari, tetapi di mana pekerja ditugaskan tugas yang berbeza setiap hari tetapi dibayar hanya pada akhir bulan, ini mungkin lebih mencerminkan pekerjaan tetap dan pekerja mungkin bukan pekerja kasual kerana istilah itu secara umum difahami.’

Ujian yang Terpakai: Apakah perbezaan di antara Kontrak Perkhidmatan’ dan Kontrak Untuk Perkhidmatan’?

Yang pertama ialah pekerja.

Terdapat hubungan ‘majikan-pekerja’ antara pekerja dan orang yang mengarahkan kerja-kerja yang harus dilakukannya.

Yang kedua – dalam ‘kontrak untuk perkhidmatan’ – pekerja adalah ‘kontraktor bebas’: perhatikan perkataan ‘Untuk’.

Individu dalam kategori kedua ‘dibayar untuk’ perkhidmatannya. Beliau bukan merupakan seorang pekerja.

Perbezaan antara kedua-dua terma ini mampu mengelirukan.

Hakim terkenal, Lord Denning, mengakui kesulitan ini.2‘It is often easy to recognise a contract of service when you see it, but difficult to say wherein the distinction lies. A ship’s master, a chauffeur and a reporter or a staff of a newspaper are all employed under a contract of service; but a ship’s pilot, a taxi man and a newspaper contributor are employed under a contract for services.’

Jadi bagaimana perbezaannya dapat dikenalpasti?

Mahkamah menggunakan elemen yang berbeza untuk menentukan sama ada seseorang adalah pekerja atau kontraktor bebas

Di dalam kes Chye Hin Co. Ltd. v. Public Prosecutor, mahkamah menghadapi persoalan sama ada syarikat perlu membayar caruman KWSP kepada sesetengah individu:

jika mereka adalah pekerja, ya; jika mereka adalah kontraktor bebas, tidak.

Mahkamah menggunakan isu perundangan.

Ia dipanggil ‘control and direction test’ atau ujian ‘kawalan dan arahan’.

Mahkamah menggunakan elemen perundangan tersebut untuk membezakan antara kedua-dua jenis pekerja.

Penemuan undang-undang bahawa seseorang perlu menentukan sama ada seseorang yang membayar bagi perkhidmatan pekerja (Majikan) ‘mengawal’ dan ‘mengarahkan’ pekerja itu, jika ya, mahkamah berpendapat bahawa terdapat hubungan ‘majikan dan pekerja’.

Ini adalah situasi yang agak tidak memuaskan: ia tidak membantu para hakim untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Percubaan Mahkamah untuk mencari ujian yang memuaskan

Kemudian Denning L.J. sendiri merumuskan suatu ujian.

Beliau berpendapat bahawa soalan yang betul untuk dikemukakan adalah sama ada pekerjaan seseorang adalah ‘sebahagian daripada perniagaan’.

Sekiranya pekerjaan tersebut adalah sebahagian daripada perniagaan, maka individu yang melakukan kerja tersebut adalah seorang pekerja.

Oleh itu, sekiranya seorang pekerja adalah ‘sebahagian daripada organisasi’, maka beliau akan dianggap sebagai seorang pekerja: itulah ujiannya.

Sekarang kita boleh melihat beberapa contoh kes.

Adakah seorang Artis Aksi Trapeze seorang pekerja?

Jawapannya adalah Ya.

Cik Ann Whittaker adalah seorang artis aksi  trapeze.

Beliau berkhidmat dengan sebuah syarikat sarkas untuk melakukan aksi trapeze.

Syarikat itu juga meminta beliau untuk menjadi seorang ‘usherette’ iaitu kerja membantu para hadirin untuk memasuki dewan dan menunjukkan tempat duduk.

Mahkamah menggunakan ‘ujian organisasi’ untuk memutuskan sama ada beliau adalah seorang pekerja atau kontraktor bebas.

Mahkamah telah memutuskan bahawa Whittaker adalah seorang pekerja, kerana perkhidmatan beliau adalah ‘bahagian penting dalam perniagaan sarkas tersebut.’

Adakah pemotong kayu seorang pekerja atau kontraktor bebas?

Persoalan yang sama timbul pada tahun 1982 di Malaysia.

Sebuah kilang papan melantik Mat Jusoh sebagai ‘penggergaji’: beliau membelah kayu balak dan memotong kayu dalam saiz berbeza.

Beliau telah mengalami kecederaan semasa bekerja dan kehilangan tiga jari tangan kanannya. Oleh kerana beliau cedera, kilang papan enggan meneruskan perkhidmatan beliau lagi.

Beliau menyaman kilang papan tersebut dan menuntut ganti rugi.

Kilang papan tersebut membantah dan mengambil kedudukan bahawa Mat Jusoh bukan pekerja mereka: ia berkata beliau adalah pekerja kontraktor defendan, Lim.

Mahkamah Tinggi menggunakan ujian Denning untuk memutuskan bahawa Mat Jusoh sememangnya merupakan seorang pekerja.

Mahkamah memutuskan bahawa kerja Mat Jusoh telah dilakukan sebagai sebahagian daripada perniagaan kilang papan.

Beliau memotong atau membelah kayu balak untuk perniagaan kilang papan.

Mat Jusoh telah membekalkan perkhidmatan dan kemahirannya kepada kilang papan dan bukan kepada kontraktor Lim.

Kilang papan tersebut, melalui penyelia-penyelianya, yang memutuskan berapa kuantiti kayu balak yang harus dipotong.

Kebelakangan ini, ‘control test’ telah kehilangan kelebihannya

Dalam dunia moden, hanya kerana tiada kawalan ke atas seseorang, itu tidak bermakna beliau tidak merupakan seorang pekerja.

Jika kita ambil kira golongan profesional – jurutera, arkitek, peguam, pengurus, doktor – mereka berkemungkinan tidak mempunyai majikan yang mengarah mereka pada setiap masa.

Namun mereka dianggap sebagai seorang pekerja.

Apakah perkara penting di sini?

Jadi, sama ada seseorang itu pekerja sementara, atau dibayar ikut jam, bukanlah perkara penting.

Apa yang penting adalah sama ada pekerja tersebut adalah ‘sebahagian’ daripada organisasi tersebut.

Sekiranya beliau adalah sebahagian daripada organisasi, beliau adalah seorang pekerja;

Sekiranya beliau bukan sebahagian daripada sebuah organisasi, maka beliau hanyalah seorang kontraktor bebas.

Jadi…

Oleh itu, majikan perlu membayar pekerja sementara mereka, pekerja yang dibayar mengikut jam dan pekerja yang dibayar secara harian.

 

 

[Pengarang merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan KN Geetha, En. GS Saran, En. JD Prabhkirat Singh dan Cik KP Kasturi untuk pertolongan mereka.]

You May Also Like

Apa yang akan berlaku jika Perdana Menteri tidak berupaya menjalankan tugas?

Siapa yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan agar  Parlimen dibuka semula?

Bolehkah badan pengurusan kondo melarang penghuninya dari masuk rumahnya jika mengesyaki dia dijangkiti Kovid-19?

Kejatuhan era kebebasan Kehakiman melalui pemecatan Hakim terulung