Bolehkah Jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (‘Speaker’) dilucutkan oleh Kerajaan Malaysia?

YB Tan Sri Annuar Musa Setiausaha Agong UMNO telah memberi kenyataan media pada bulan Mac 2020 bahawa terdapat kemungkinan Kerajaan akan menggantikan Speaker Dewan Rakyat dalam persidangan parlimen seterusnya.
Adakah ini betul?
Saya berpendapat, tidak.

Ini merupakan salah satu isu yang menimbulkan pelbagai tanda tanya, khususnya apabila terdapat kemungkinan perubahan politik.

YB Tan Sri Annuar Musa, Setiausaha Agong UMNO, telah memberi kenyataan media pada bulan Mac 2020 bahawa terdapat kemungkinan Kerajaan akan menggantikan Speaker Dewan Rakyat dalam persidangan parlimen seterusnya.

[1]. Adakah ini betul?

Saya berpendapat tidak.

[2]. Saya akan menerangkan mengapa ini tidak boleh dilakukan

Sepertimana yang anda tahu, negara kita berfungsi atas dasar ‘pengasingan kuasa’- melalui 3 organ demokratik.

(1) Perundangan atau Parlimen;
(2) Kehakiman; dan
(3) Eksekutif (atau lebih dikenali oleh orang ramai sebagai Kerajaan).

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Agong adalah ketua bagi ketiga-tiga badan ini, dan menerajui negara kita di bawah Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam ketiga-tiga organ ini, Parlimen berkedudukan lebih tinggi daripada Kerajaan.

Walaubagaimanapun, orang ramai perlu mengetahui bahawa fungsi Parlimen tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan – dan juga konsep “rule of law”.

[3]. Kini timbul isu berkenaan penggantian Speaker Parlimen

Sebelum kita boleh membincangkan isu penggantian beliau, kita harus pertama sekali melihat siapa yang boleh melantik atau memilih beliau.

Jawapannya secara ringkas adalah, ‘Parlimen’.

Perkara 57(1) menyatakan bahawa Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa memilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dari kalangan ahli Dewan itu atau “seorang yang layak” dipilih menjadi ahli Dewan itu.

Maka, Speaker tidak dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Agong, ataupun Kerajaan.

Jika kita lihat isu mengenai penamatan perkhidmatan Speaker Parlimen atau penggantian beliau, Speaker boleh meletak jawatan dengan mengutus surat: sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 57(2).

Speaker tidak boleh mengumumkan pada satu hari bahawa beliau tidak akan hadir bertugas, atau memegang mikrofon beliau dan mengumumkan bahawa beliau meletak jawatan.

Secara amalan, beliau akan menulis kepada DYMM YDPA serta ketua-ketua organ Kerajaan sebagai pengumuman rasmi peletakan jawatan beliau.

Dalam berapa cara seorang Speaker Dewan Rakyat boleh kehilangan jawatan beliau?

[4]. Selain daripada meletak jawatan, terdapat 4 cara lain di bawah Perkara 57(2)

(1) Pertamanya di bawah Perkara 57(2)(a), semasa Dewan Rakyat bermesyuarat dalam persidangan pertama selepas pilihanraya boleh memutuskan  untuk menggantikan Speaker;

(2) Kedua, di bawah Perkara 57(2) (b) apabila Speaker berkenaan berhenti menjadi speaker Dewan Rakyat, selain daripada akibat pembubaran Dewan Rakyat, atau jika beliau berhenti layak menjadi Speaker. Contohnya Speaker kehilangan keupayaan melalui masalah kesihatan dari segi fizikal atau mental, atau sekiranya Speaker meninggal;

(3) Ketiga, di bawah Perkara 57(2)(bb), apabila Speaker berhenti layak menjadi ahli Dewan Rakyat. Contohnya, jika Speaker menjadi ahli Lembaga Pengarah Syarikat, atau secara aktif terlibat dalam perniagaan korporat dan sebagainya, beliau boleh kehilangan kelayakan meneruskan kedudukan beliau sebagai Speaker; dan

(4) Apabila Dewan Rakyat mencapai resolusi untuk mengosongkan jawatan speaker: [Perkara 57(2)(c) Perlembagaan Persekutuan].

Sekarang, kita kembali kepada isu asas yang kita bangkitkan pada mulanya.

[5]. Adakah  Speaker Dewan Rakyat harus digantikan?

Saya berpendapat tidak.

Setakat ini, tiada resolusi yang dibangkitkan berkenaan apa-apa ketidakupayaan atau kehilangan kelayakan Speaker bagi mewajarkan penggantian beliau.

Perubahan komposisi Parlimen secara kerap, mampu menjejaskan stabiliti Parlimen.

Ini akan menunjukkan seolah-olah terdapat pengaruh politik dalam menjalankan fungsi Parlimen.

Harapan rakyat Malaysia, semasa mengundi dalam pilihanraya yang lalu, telah dengan jelas menunjukkan harapan mereka terhadap Kerajaan baru,
bahawa Kerajaan baru ini akan berfungsi dengan telus dan adil.

Mereka beranggapan bahawa kedudukan dan tanggungjawab seorang Speaker adalah di luar lingkungan pergolakan kuasa atau politik.

Anggapan ini adalah betul.

Oleh itu, adalah wajar bagi seorang Speaker yang mempunyai latar belakang professional untuk dikekalkan sehingga pilihan raya seterusnya.

 

[Pengarang merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan KN Geetha, En. GS Saran dan En. JD Prabhkirat Singh, untuk pertolongan mereka.]

You May Also Like

How does the law protect road users and compensate accident victims?

What should you do – during and after – an accident?

Is litigation being used to siphon off government monies and side-step corruption laws?

What is Johore’s constitutional position within Malaysia?