Bolehkah pesakit Covid-19 disaman kerana tidak mendedahkan maklumat penting?

Jawapannya adalah ‘Ya’: dalam pelbagai cara. Teruskan membaca …

Pandemik coronavirus telah memberi kesan yang buruk kepada sumber negara kita.

“Kesan serangan ini telah menimpa kakitangan kesihatan kita.

[1]. Pesakit di Melaka yang tidak peduli

Pada 23 Mac, sebuah hospital swasta di Melaka ditutup selama dua hari, selepas seorang pesakit gagal mendedahkan kontak dengan orang yang positif Covid-19. Setiap kakitangan kesihatan dan orang awam terpaksa dikuarantin: lihat di sini.

Bolehkah situasi ini dapat dielakkan?

[2]. Di Kedah

Seorang wanita telah menjalani pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Kedah.

Beliau dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak. Beliau gagal membuat pendedahan sepenuhnya terhadap status Covid-19nya walaupun ditanya beberapa kali.

Selepas melahirkan anaknya, beliau mengalami demam.

Kemudian didapati bahawa beliau tinggal bersama seorang ahli keluarga yang telah menghadiri satu perhimpunan keagamaan. Ahli keluarga tersebut telah didapati positif.

‘Protokol jejak kontak’ dimulakan dengan segera.

Mereka mengenakan kuarantin terhadap setiap anggota perubatan yang telah berhubung dengan beliau: sehingga keputusan ujian tiba. Perkara tersebut telah mengambil masa.

Perkhidmatan klinikal diteruskan pada 24 Mac.

Hospital menggesa pelawat untuk memberi pendedahan yang penuh dan tepat semasa proses pemeriksaan: lihat di sini.

Kejadian seperti ini telah mengganggu ketenangan fikiran kakitangan perubatan: lihat di sini.

[3]. Mengapa pesakit enggan membuat pendedahan?

Alasan pertama adalah pesakit bersikap tidak peduli.

Alasan kedua adalah ketakutan atau stigma bahawa mereka akan dikenalpasti dan dielakkan oleh masyarakat setempat.

Kempen penyebaran maklumat secara besar-besaran boleh mengelakkan situasi ini. Setakat ini terdapat kurang penyebaran maklumat yang teratur.

Ketiga adalah kekurangan tanggungjawab sosial. Perbincangan ini khususnya tertumpu kepada golongan dari kategori ketiga.

Ketakutan ini tidak bermakna.

“Kakitangan kesihatan perlu dilindungi. Siapa yang akan memberikan perlindungan kepada mereka?

[4]. Bolehkah seorang pesakit didakwa?

Jawapannya adalah ‘Ya.’

[5]. Mengapa mengehadkan kepada pesakit dan pada saman sivil sahaja? 

Tidak ada definisi berkanun untuk perkataan ‘Pesakit.’1PCIDA dan Akta Kesihatan 1971 tidak memberi maksud ‘pesakit’

Untuk tujuan perbincangan kami, bukan sahaja pesakit Covid-19 bahkan dua kumpulan lain juga mungkin bertanggungjawab di sisi undang-undang:

(1). Seseorang yang mengetahui bahawa orang lain mungkin mengalami Covid-19; dan

(2) Sesiapa yang disyaki oleh kakitangan kesihatan mengalami Covid-19, atas alasan yang munasabah.

[6]. ‘Defendan’

Kita akan panggil pesakit-pesakit yang berkeras untuk enggan mendengar seruan kerajaan sebagai ‘defendan.’

[7]. Prosiding Jenayah dan Prosiding Sivil

Terdapat dua jenis prosiding yang boleh diambil terhadap defendan: sivil dan jenayah.

[8]. Prosiding Jenayah

Seorang defendan mempunyai tugas untuk membuat pendedahan maklumat yang berkaitan dengan penyakit Covid-19 ke pejabat kesihatan daerah terdekat, kemudahan kesihatan kerajaan, balai polis atau ketua kampung terdekat.

[9]. Prosiding Jenayah di bawah s.10, PCIDA: Kewajipan Pendedahan

Ini adalah tugas undang-undang di bawah seksyen 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (PCIDA)2Seskyen 10(1) menyatakan:

Tiap-tiap penghuni dewasa mana-mana rumah tempat terdapatnya apa-apa penyakit berjangkit, dan tiap-tiap orang yang menjaga, atau yang ada bersama dengan, dan tiap-tiap orang yang bukan pengamal perubatan yang menyelenggarakan mana-mana orang menghidap atau yang mati akibat penyakit berjangkit hendaklah, apabila dia tahu tentang wujudnya penyakit itu, memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hampir atau memberitahu ketua kampung yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, tentang kewujudan penyakit itu.”[/mfn]

Sekiranya defendan tidak melakukannya, beliau melakukan kesalahan.2Seksyen 10(5)

[10]. Undang-undang ‘menganggap’ defendan mempunyai pengetahuan mengenai penyakit

Apabila seseorang didakwa di bawah s.10, beliau ‘akan dianggap mengetahui kewujudan penyakit [Covid-19], atau mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa penyakit itu wujud’ – melainkan beliau boleh membuktikan bahawa beliau tidak tahu mengenainya, di dalam tiga keadaan.3Seksyen 10(6)

[11]. Tiga pembelaan di bawah PCIDA

Sebagai pembelaan, defendan harus menunjukkan salah satu daripada tiga syarat berikut:4Seksyen 10(5)

(1). beliau tidak tahu mengenai penyakit berjangkit tersebut;

(2). beliau tidak dapat, dengan usaha yang munasabah, mengetahui tentang penyakit Covid-19; atau

(3). beliau tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa penyakit berjangkit ini wujud.

Dengan semua saluran berita dan media sosial memberikan maklumat mengenai pandemik Covid-19, maka defendan tidak boleh mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan.

Maka saya percaya tidak mungkin sesiapa akan berjaya membawa pembelaan di atas!

[12]. Kesalahan PCIDA kedua: Halangan dan Kegagalan Menuruti Arahan

Seorang pesakit melakukan kesalahan apabila beliau:5Seksyen 22

(1). menghalang mana-mana pegawai daripada menjalankan tugasnya; atau

(2). tidak mematuhi perintah; atau

(3). enggan memberikan apa-apa maklumat; atau

(4). memberikan maklumat palsu.

Kesalahan ini boleh dihukum dengan penjara sehingga dua tahun; dan denda.6Seksyen 24(a) berbunyi: “Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan, apabila disabitkan- (a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya…”

[13]. Ketiga, Kesalahan di bawah Kanun Keseksaan ‘Memberi bukti palsu’ dan ‘Gagal mendedahkan maklumat’

Apabila undang-undang mengkehendaki seseorang untuk mendedahkan kebenaran7seperti seksyen 10 tetapi seseorang itu membuat kenyataan palsu, itu merupakan ‘keterangan palsu.’ 8Seksyen 191 Kanun Keseksaan

Sekali lagi – di bawah Kanun Keseksaan – apabila seseorang memberi maklumat palsu mengenai sesuatu kesalahan, beliau boleh dipenjarakan selama maksima dua tahun atau didenda. 9Seksyen 203 Kanun Keseksaan

Hukuman untuk kesalahan memberi keterangan palsu adalah penjara sehingga maksima tiga tahun: hukuman denda juga boleh dikenakan.10Seksyen 190 Kanun Keseksaan

Apabila seseorang mengetahui bahawa suatu kesalahan jenayah telah dilakukan tetapi sengaja tidak memberi maklumat, beliau boleh dipenjarakan selama enam bulan dan juga dikenakan denda. 11Seksyen 202 Kanun Keseksaan

[14]. Bagaimana pula dengan undang-undang sivil? Bolehkah pesakit-pesakit yang enggan bekerjasama dituduh di mahkamah sivil?

Jawapannya ialah, ‘Ya.’

[15]. Pertama, Pelanggaran Kewajipan Berjaga-jaga

Yang jelas ialah seorang ahli profesional kesihatan boleh menuntut bahawa terdapat ‘pelanggaran tugas oleh pesakit.’ Tindakan ‘tort’12tindakan sivil boleh difailkan. Plaintif harus memenuhi tiga syarat:

(1). Adakah kerugian kepada kakitangan penjagaan kesihatan adalah diakibatkan oleh apa yang defendan lakukan dan kerugian ini dijangkakan dengan munasabah?

(2). Jika Ya, adakah pihak-pihak dianggap ‘berdekatan’ atau adakah mereka jiran seperti dalam undang-undang?

(3). Jika ‘Ya’, adakah ia adil untuk mendapati defendan bertanggungan?

Prinsip ini didapati dalam kes House of Lords Caparo Industries plc v Dickman.13[1990] UKHL 2

Di bawah senario semasa, jawapan kepada semua persoalan ini ialah ‘Ya’ – memihak kepada pekerja kesihatan: maka tuntutan boleh dibuat terhadap pesakit.

Seseorang pesakit mempunyai kewajipan untuk memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh kakitangan kesihatan.

Sekiranya beliau gagal dalam tugas tersebut, seorang pegawai kesihatan boleh berhujah bahawa pesakit tersebut mempunyai ‘kewajipan berjaga-jaga’ terhadapnya – di mana pesakit tidak mendedahkan maklumat penting.

Akibatnya, plaintif mesti membuktikan bahawa beliau telah terjejas.

Terjejas bagaimana?

Pekerja kesihatan tersebut mengalami risiko jangkitan yang lebih besar.

Ataupun bahawa beliau telah dikuarantin dengan sia-sia.

[16]. Kedua, kesan Pelanggaran Undang-Undang

Terdapat pelanggaran undang-undang apabila pesakit enggan mendedahkan maklumat penting di bawah undang-undang bertulis.14di bawah PCIDA, dan Kanun Keseksaan

Ini merupakan alasan yang berasingan untuk memfailkan kes.15contohnya dalam X (minors) v Bedfordshire CC [1995] 3 All ER 353, dan Lord Diplock dalam Lonrho Ltd v Shell Petroleum Co [1982] AC 173, [1981] 3 WLR 33, [1981] 2 All R 456

Menggunakan prinsip ini, jika seseorang melakukan sesuatu yang ‘tidak wajar seperti mengelak tanggungjawab undang-undang untuk memberi maklumat yang relevan,16contohnya di bawah seksyen 10 PCIDA maka tuntutan boleh difailkan terhadap beliau.

Jika ‘kegagalan’ tersebut menyebabkan sebarang kesulitan, ‘kerugian’ atau ‘prasangka’ kepada kakitangan kesihatan, maka kes boleh difailkan.17Sir JF Stephen

Satu-satunya relif yang boleh dituntut adalah pembayaran ganti rugi.

[17]. Kenapa membuat tuntutan terhadap golongan miskin dan yang memerlukan?

Dalam mempertahankan bahagian masyarakat yang lebih miskin, misalnya golongan B40, M40 dan pendatang tanpa izin, adakah tuntutan seperti ini tidak akan membuahkan hasil yang produktif?

Bagaimana mereka akan membayar ganti rugi?

Jawapan saya adalah, jika seseorang yang terdiri dari salah satu kumpulan itu membunuh seseorang, adakah kita akan membiarkan mereka?

Kedua, dalam kes-kes yang sesuai, Menteri Kesihatan boleh mengecualikan mana-mana orang daripada didakwa, atas dasar belas kasihan.18seksyen 29, PCIDA

Esei ini ditujukan kepada pihak yang enggan menuruti undang-undang, dan yang mencederakan pekerja dalam perkhidmatan kesihatan kita

[18]. Ketiga, Salahlaku pencerobohan terhadap diri seseorang

Kakitangan kesihatan boleh berbahas bahawa seorang pesakit telah melakukan salahlaku pencerobohanterhadapnya.

Bagaimana boleh seseorang melakukan salahlaku pencerobohan?

Defendan mestilah menyebabkan salah satu daripada tiga perkara kepada pekerja penjagaan kesihatan:

(1). ketakutan bahawa beliau akan diserang;19Elliott & Quinn (2007), p. 300 atau;

(2). beliau telah diserang;20seperti di atas, di m/s 302 atau

(3). telah menafikan plaintif ‘kebebasan bergerak, tanpa sebarang justifikasi yang sah untuk berbuat demikian.’21seperti di atas, di m/s 306

Apabila pesakit – tanpa mendedahkan bahawa beliau mengalami coronavirus atau telah berada berdekatan dengan orang yang ada jangkitan ini – mendekati kakitangan penjagaan kesihatan, apa yang akan berlaku?

Mengikut protokol perubatan, kakitangan penjagaan kesihatan dan rakan sekerja harus menjalani ujian dan kuarantin.

Ini jelas merupakakan halangan ‘kebebasan pergerakan’? Apakah prejudis lain yang akan dialami jika pesakit tidak mendedahkan keadaan mereka kepada kakitangan perkhidmatan kesihatan semasa ‘pemeriksaan’ awal?

Yang pertama adalah kakitangan penjagaan kesihatan akan mengalami penyakit Covid-19, dan menghabiskan masa dalam kuarantin dan URR, atau meninggal dunia.

[19]. Apakah yang akan berlaku apabila pesakit enggan mendedahkan sebarang kontak dengan sesorang yang mengalami koronavirus?

Oleh itu, apabila pesakit enggan memaklumkan kepada kakitangan perubatan bahawa beliau ada berhubungan dengan pesakit koronavirus – tetapi kemudian didapati positif – keseluruhan kawasan penerimaan harus ditutup dan dibasmi kuman.

Kakitangan perubatan yang menghadiri pesakit perlu dikuarantin.

Kakitangan perubatan lain perlu dibawa, sebagai pengganti.

Doktor perubatan, pakar dan jururawat terlatih yang berurusan dengan penyakit berjangkit adalah kurang.

Semua ini adalah angkara keengganan bercakap benar.

[20]. Kakitangan perubatan menanggung risiko yang tinggi untuk dijangkiti virus

Kakitangan kesihatan yang dijangkiti sebenarnya mengalami kesan yang lebih besar.

Mereka akhirnya diletakkan di unit rawatan rapi.

[21]. Trauma emosi dialami oleh kakitangan kesihatan

Selepas pesakit yang mementingkan diri sendiri telah menjangkitkan mereka dan selepas mereka balik rumah setelah tugas mereka selesai, mereka menjangkiti ahli keluarga mereka.

[22]. Kesulitan yang dialami akibat memakai Peralatan Perlindungan Peribadi atau ‘Personal Protective Equipment’(‘PPE’)

Apabila pekerja kesihatan memakai PPE, mereka terpaksa memakai tiga lapisan.

Ia amat tidak selesa.

Sebaik sahaja PPE telah digunakan, ia harus dibuang dengan penjagaan yang tinggi. Terdapat protokol yang ditetapkan.

Mereka tidak boleh menggunakan tandas tanpa mengeluarkan PPE dengan cara tertentu – tanpa mendedahkan diri kepada jangkitan.

Ia dilaporkan bahawa kakitangan perubatan di China, terpaksa memakai lampin dewasa supaya mereka boleh terus bekerja selama 12 jam.

[23]. Saranan kepada Menteri Kesihatan

PCIDA mengenakan kewajipan undang-undang untuk memberi maklumat.

Pertama sekali, Menteri mesti mengeluarkan ‘Arahan Seksyen 3.’22di bawah PSIDA  Beliau harus mewartakan bahawa – ‘semua kakitangan penjagaan kesihatan barisan depan, sama ada swasta atau kerajaan, dan sesiapa yang menjalankan ujian saringan virus Covid-19, adalah pegawai yang diberi kuasa di bawah PCIDA.’

Mengapa?

Ini akan banyak membantu dalam penguatkuasaan.

Dengan ini, pesakit bertanggungjawab untuk menjawab soalan-soalan ‘pegawai’ tersebut dengan jujur: tidak mengapa jika orang itu adalah kakitangan awam ataupun jururawat, dan sama ada beliau bekerja di hospital kerajaan atau swasta.23seksyen 2 dan 3, PCIDA

[24]. Apa akan berlaku jika apa yang berlaku di Wuhan berlaku di sini?

Insiden kegagalan pendedahan yang sama berlaku di Wuhan. Lebih daripada 1300 kakitangan kesihatan dijangkiti.

Ia dikatakan bahawa ‘kemungkinan jangkitan’ dihadapi kakitangan kesihatan adalah ‘tiga kali lebih tinggi daripada penduduk umum.’

Apabila kakitangan kesihatan ini pulang ke rumah masing-masing, mereka menjadi vektor utama atau penyebab utama jangkitan.

Apakah kesannya?

Para doktor, jururawat dan yang hadir diasingkan dan dikuarantin. Untuk merawat orang sakit, China membawa 42,000 kakitangan perubatan dari tempat lain.

Kakitangan kesihatan yang dilihat sebagai ‘pesakit berisiko’ diasingkan dari keluarga mereka. Mereka terpaksa memakai alat pelindung badan, Peralatan Perlindungan Peribadi, topeng N95, dan pakaian ala hazmat (‘PPE’): lihat di sini.

[25]. Bolehkah kita berbuat demikian? Ini membawa kepada satu perkara penting

Sekiranya wabak ini merebak, kita akan mengalami masalah besar. Kakitangan kesihatan kita semakin menghampiri keadaan kehabisan PPE.

Mereka mungkin kehabisan katil ICU.

Mereka mungkin kehabisan mesin alat bantuan pernafasan.

Mereka mungkin kehabisan peralatan perubatan.

Dan sekiranya pesakit enggan mendedahkan maklumat, kita mungkin akan mengalami kekurangan pekerja perubatan.

Sekiranya pesakit yang tidak bertanggungjawab enggan bercakap benar, dan menyebabkan jangkitan kepada kakitangan kesihatan, maka siapa akan menjaga pesakit di ICU?

[26]. Pesakit yang berbohong tidak harus dilepaskan.

Situasi pekerja kesihatan adalah amat membimbangkan.

Kita mesti mengamalkan penguatkuasaan yang lebih ketat

Tindakan segera diperlukan.

Suatu contoh harus diwujudkan.

 

 

[Penulis merakamkan penghargaan kepada Dato Jagjit Singh, seorang peguam jenayah, Pn. KN Geetha, En. Prabhkirat Singh, En. GS Saran, Cik KP Kasturi, En. Matthew Thomas Philip, En. Drew Lim, and Cik Amuthambigai Tharmarajah untuk bantuan yang diberikan oleh mereka.] 

You May Also Like

Apa yang akan berlaku jika Perdana Menteri tidak berupaya menjalankan tugas?

Siapa yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan agar  Parlimen dibuka semula?

Bolehkah badan pengurusan kondo melarang penghuninya dari masuk rumahnya jika mengesyaki dia dijangkiti Kovid-19?

Kejatuhan era kebebasan Kehakiman melalui pemecatan Hakim terulung