Siapa yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan agar  Parlimen dibuka semula?

Hanya DYMM DYP Agong.

[1] Kenapa? Biar saya jelaskan.

Beberapa hari lepas, DYMM DYP Agong menasihatkan agar Parlimen mesti bersidang semula, ‘secepat mungkin’.

Beberapa pendapat bertentangan dikemukakan akhir-akhir ini.

Antaranya: –

[1]: Speaker memberi kenyataan bahawa ‘beliau sedang menunggu persetujuan PM’. Hanya PM boleh memberi perintah untuk membuka semula Parlimen, kerana, menurut Perkara 40 (1), DYMM DYP Agong harus bertindak ‘atas nasihat Kabinet’.

[2], ‘Oleh kerana Darurat masih belum berakhir, jadi ‘Parlimen tidak dapat bersidang ‘; atau kerana Ordinan Darurat telah menutup sesi Parlimen, maka ia adalah tidak sah untuk Parlimen bersidang.

[3]. “Secepat mungkin” mesti bermaksud, “apabila Kerajaan menetapkan waktunya”.

[4] Oleh kerana pandemik Kovid-19 sangat cepat merebak, sehinggakan ia ‘bahaya’ untuk mengadakan sesi parlimen.

Adalah pendapat saya bahawa hujah-hujah ini boleh dipertikaikan. Kenapa?

[2] Apakah jawapannya?

Jawapan Ringkas?

Seseorang yang mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat mempunyai kuasa untuk menamatkannya.

Seseorang yang mempunyai kuasa untuk melantik perdana menteri turut mempunyai kuasa untuk memecat: selagi DYMM YDP Agong bertindak sesuai dengan Perlembagaan dalam kedua-dua kes tersebut.

Siapa yang Mengisytiharkan Darurat? DYMM YDP Agong.

Atas nama siapa Ordinan dibuat? DYMM YDP Agong.

Siapakah yang boleh menamatkan Darurat? Adakah Perdana Menteri yang satu-satunya boleh bertindak sedemikian? Inilah yang diperdebatkan.

[3] Jawapan Undang-Undang.

Pertama, di bawah Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat 2021, ‘Parlimen hendaklah dipanggil untuk bersidang pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.’

Inilah yang dikatakannya:

‘Persidangan Parlimen

14(1). Bagi tempoh darurat berkuat kuasa—

(a). peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan; dan

(b). Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.’

(2)…’

Yang di-Pertuan Agong yang seharusnya menetapkan suatu tarikh.

Ini yang jelas difahami sekiranya dibaca dan ditafsir secara langsung.

Semua kuasa Parlimen yang lain kini telah digantung.

Baik Speaker mahupun Perdana Menteri tidak ada kuasa dalam perkara ini.

Walaubagaimanapun, Seksyen 14 sendiri menyerahkan 100% kuasa untuk bersidang kepada Yang di-Pertuan Agong.

[4] Kedua, Ordinan Darurat dijangka – dalam teori perlembagaan – akan wujud bagi waktu yang sangat singkat, beberapa hari sekiranya berlaku, contohnya perang.

Maka Parlimen mesti bersidang dengan segera untuk mengesahkan Ordinan tersebut.

Itulah sebabnya ia dipanggil ‘Ordinan’.

Ini kerana Parlimen tidak menyokongnya sebagai ‘Akta’.

Ini adalah keperluan dalam Perkara 150(3) Perlembagaan

[5] Alasan ke-3 ‘secepat mungkin’ tidak bermaksud, ‘apabila kerajaan rasa ingin buat’.

Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat jelas memberi kuasa kepada YDPA untuk mengarahkan Parlimen bersidang.

Akhirnya, ada sebab-sebab penting mengapa Parlimen tidak boleh berhenti berfungsi.

Pertama, ia adalah suara rakyat. Itu tidak boleh didiamkan.

Kedua, Kuasa Darurat dalam Perlembagaan di bawah Perkara. 150 mengharapkan Parlimen akan terus berfungsi.

Darurat ini menutup Parlimen. Ini bertentangan dengan perlembagaan.

Perkara 150(5) membenarkan Parlimen terus bersesi, dan menggubal undang-undang.

Namun, sehingga kini Parlimen tidak bersidang.

Sewajarnya, Seksyen 14 Ordinan Darurat diberi perhatian dan diperdebatkan oleh pihak yang sewajarnya, bagi membolehkan Parlimen bersidang dengan segera, dan suara rakyat kembali didengar dan diperjuangkan.

 

You May Also Like

Apa yang akan berlaku jika Perdana Menteri tidak berupaya menjalankan tugas?

Bolehkah badan pengurusan kondo melarang penghuninya dari masuk rumahnya jika mengesyaki dia dijangkiti Kovid-19?

Kejatuhan era kebebasan Kehakiman melalui pemecatan Hakim terulung

Darurat 2021: Kisah 108 lawan 34